Tuesday, July 26, 2016

SHELL OUT


Semenjak dua menjak ni ramai betul orang bercakap pasal Restoran Shell Out di media sosial. Sejak2 makanan Shell Out pon dah popular, banyak la jugak yg buka eatary/restoran tiru idea Shell Out ni. Kat Melaka ni pon katanya dah ada restoran yg konsepnya sama mcm Shell Out tapi saya tak pernah lagi pergi. 

Konsep Shell Out ikut yg saya faham adalah hidangan makanan laut yg bercengkerang mcm ketam, kepah, lala, udang dan sebagainya.  Dihidang atas kertas mahjung dan orang yang makan kena pakai apron plastik bagi mengelakkan baju kotor. Boleh pulak popular idea sebegitu ye?

Masak ni bulan puasa yang lalu. Mula2 tak terfikir nak masak ala Shell Out ni. Pegi pasar, beli ketam then nampah kepah, teringat la masakan ala Shell Out. Terus menambah udang dan sotong. Balik rumah, google resepi Shell Out dan berderet la resepi yang keluar.

Tapi sangat berkenan dengan resepi yg satu ni datang dr blog Mama to Eryna. Yg diinspirasikan dari IG Nani Rostam, ibu kepada artis Hanis Zalikha. Saya pon mmg follow blog dan IG kak Nani ni sbb suka dengan cerita masak2 dan deko2 dia. Kak Nani ni dah la cantik, pandai dan kreatif serba-serba pulak tu.

Ni resepi copy dan paste dr blog Mama to Eryna dan diubahsuai ikut kesesuaian saya . 

Bahan2:

Bawang holland setengah biji
Bawang putih 10 ulas
Halia 1 inci
Buttercup 
Daun kari
Sos tiram
Sos ikan
Rempah kari
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit
Belacan
Cili kisar (1-2 sudu, ikut kepedasan yg disukai)
Udang kering
Kiub pati ayam
Lemon 
Seafood (ikut suka, saya guna 4 ekor ketam, setgh kilo udang, 1kg kepah dan setgh kg sotong )
Vege ( brokoli, kentang,jagung - tapi tadek jagung ,so guna anak jagung jer ).

Cara2:

1. Bawang holland,bawang merah ,bawang putih and halia di hiris halus. Tumbuk halus udang kering, belacan dan sedikit bawang putih. Perapkan sebentar seafood dengan serbuk lada hitam dan serbuk kunyit.

2. Rebus kan seafood yang dah di perap tu. Rebuskan air dulu bagi mengelegak,baru masukkan ketam. Lepas tu kepah. Udang dan sotong tu saya tak rebuskan sbb udang dan sotong cepat masak. 

3. Dalam kuali yang berlainan,panaskan buttercup and sedikit minyak.masukkan bahan tumis dan daun kari.tengok dah kuning,naik bau,masukkan pulak bahan tumbuk dan cili kisar. Masak lagi.dah nampak layu sikit,masukkan serbuk kari.tambahkan sedikit air.serbuk kari tu,dalam 2 sudu penuh jer.kalau banyak seafood ,boleh letak lebih.sebab tak nak rasa dia lari.kang nanti rasa kari pulak.

4. Bila dah pecah minyak,masukkan kuib pati ayam,sos tiram 2 sudu and sos ikan.garam tak guna sebab sos ikan dah cukup .nampak kalau kuah sikit,tambah kan sikit lagi.pastu boleh masukkan veges.ni pun sama,kalau nak cepat,veges tu boleh la di celur dahulu.aku lupa nak celur,so bagi la dia masak terus dengan kuah tu.jangan la gelabah tengok macam cair,kejap lagi mesti pekat.

5. Last sekali baru masuk seafood.remember,seafood tadi dah rebus sekejap kan.balik-balikkan ajer.agak kuah sikit,masukkan air sikit.tapi jangan la sampai cair boleh adjust rasa dengan tambah kan black pepper and paprika. .Last sekali,perah la lemon tu sebagai penutup.

Demikian la resepi Shell Out yg sy dapat dr blog Mama to Eryna. Sy tak hidang pon atas kertas kajang mcm cara restoran Shell Out tu. Just hidang dalam tray besar aje. The whole family gembira dengan menu ni, mmg habis licin la :)

Monday, May 2, 2016

Pizza Braid


Kat FB banyak betul orang share resepi2 yang menarik dan video clips masakan. Antara yg saya selalu follow adalah dari FB Bright Side dan yang ini adalah pizza braid. Resepi2 mudah dan senang camni mmg kesukaan saya sbb boleh jadi sarapan anak2 dan bekal sekolah.



Senang sangat buat dia. Beli je kulit puff saiz besar (ada dijual dipasaraya besar). Ambil sekeping, then sapu sos tomato, lapiskan dengan hirisan sosej. Saya suka2 tambah cendawan butang yang dihiris2. Lepas tu susun kepingan cheese atas dia atau guna keju yang diparut.



Then lipat mcm gambar diatas (cara lipat boleh rujuk video dibawah). Sapukan kuning telur diatas permukaan. Then bakar untuk 30 minit dengan suhu 180C

Bila dah bakar, rupanya jadi camni.

Nak senang faham, tengok video clip dibawah:


Wednesday, April 13, 2016

Baked Oreo Cheesecake



Dah lama saya tak update blog masakan ni. Sentiasa cerita yang sama...saya SIBUK. Maka sebab itu blog tak update. Not that I expect ada org dok follow update blog ni pon. Tapi saya update jugak la untuk rekod diri sendiri. Esok2 nak cari balik resepi senang.

Baked Oreo Cheesecake ni saya buat atas permintaan cik HB. Dah lama betul saya tak buat cheesecake. Dulu2 saya buat yang non-bake cheesecake macam kat SINI. Resepi non-bake lagi senang sbb tak payah bakar kan....Tapi saya tak jumpa pulak serbuk gelatin yang halal. Dulu2 ada gelatin HALALGEN tapi sekarang mcm dah tak nampak dah. So saya buat la versi yang kena bakar. 

Resepi saya rujuk resepi dari blog Home Sweet Home. Macamana kak ummi tu adjust bahan2 dia, sama la saya jugak adjust ikut dan saya....hehehe

So resepi saya jadi cam gini:

Bahan Dasar:

- 200g biskut oreo - buang krimnya
- 50g mentega cair 

Bahan Filing:

- 500g Philladelphia cheese
- 120g gula castor
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji telur
- 250 whipping cream
- 1 tbs jus lemon
- 15 keping biskut oreo dipatah 4 (buang krim)

Saya guna loyang bulat 8 inci yang boleh tanggal tepi

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5. Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  1. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  1. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  1. Tuangkan kesemuanya  ke atas dasar biskut tadi.
  1. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  1. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  1. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.